Pages

Sunday, October 16, 2011

untunglah dia ada 'orang' sayang ..


assalamualaikum ,

selamat 'pagi' semua ! heee .

seringkali kita rasa cemburu tatkala rakan kita berpacaran . ya, sesetengah orang memang ada perasaan begitu . normal la, naluri untuk menyayangi dan disayangi . hmm ..

"dia untung la, dia cantik, dia pandai, baik plak tuu . tu ad org mnat kt dya.. aq tgk, _____ tu syg gilaaa kt dya.. jeles aq.. yg aq ni, udoh jaa.. xdak spa nak punn... untung la dya, ad orang syg... "

mesti kita pernah terfikir macam ni kann ? alaaa . relax lerr .

sedar tak , ada lagi yang menyayangi kita ?? usah diharapkan kasih sayang daripada insan yang tidak pasti bakal menjadi milik kita atau tidak . ish2.. andai seseorang tu sudah ditakdirkan menjadi jodoh kita nanti , jumpa jugak kita dgn dya .. kan2 ?

"tapi dya dh ada someone dah, takkan la dya nak kt aq.. ap la sgt dbndingkan aq ngan sweetheart dy tuu .. "

hmm.. nanti bila ditakdirkan kita jodoh dya , waktu tu.. sweetheart dy tu pn tak mampu nak halang. . dia sudah menjadi milik kitaa . sabarlahh .

tapi, kalau bkn dya jodoh kta ?

mesti ad yg lbih baik daripada dia untuk kita..

oke2. balik tajuk asal .

sebenarnya , kita MESTILAH berfikiran positif . bukan nak harapkan 'seseorang' ja, baru kita nak kata yang kita ni ada orang sayang... kita kena sedar.. banyak lagi yang sayangkan kita.

sapa ?

Allah :

banyak bukti Allah sayang kitaa . contohnya ;

1-Allah menganugerahkan agama dan Hidayah, ketahuilah Allah menyintai kita.

2-Allah memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.

3- Allah hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.

4-Allah memberi keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.

5- Allah kurniakan kepada mu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.

6- Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.

7- Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan syukur dan pujian mu kepada Nya.

8- Allah menganugerahkan sedih dan duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.

9-Allah kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.

10-Allah beri kepada mu keadaan fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.

11-Allah menganugerahkan kepada mu lidah dan hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan.

12- Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan berjaga malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah dengannya.

13- Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu.


Rasulullah :

sehingga di akhir hayat baginda pun , Rasulullah masih menyebut umatnya . Baginda amatlah menyayangi kita . sedangkan kita ?

Keluarga :

ibu yang melahirkan kita .. ayah yang mencari nafkah buat kita .. mereka mendidik kita sejak kecil hingga sekarang dengan penuh KASIH SAYANG . mereka membelai, menjaga kita .. membelikan kita keperluan .. adik..abang..kakak.. merekalah teman kita ketika di rumah.. tangis tawa dikongsi bersama ..

Guru :

guru .. insan yang tak pernah jemu memberi ilmunya buat kita .. mendidik kita hingga kita mampu memegang sebuah kejayaan .

Rakan :

sahabat .. sabar melayani kerenah kita . menemani kita walau ke mana saja . sentiasa berada di sisi kita tatkala susah senang . itulah sahabat yang setiaa . menyedarkan kita daripada leka..


sahabatku sayang
,

ayuh, sedarlah . kasih sayang tak semestinya datang dari hati seorang kekasih , tetapi yang tulusnya ialah datang dari Allah , Rasulullah, Keluarga, Guru , serta Rakan .

ikhlas,

iqashafiqa


No comments:

Post a Comment