Pages

Monday, December 09, 2013

nothing to do~~

cuti 3 bulan. si kacang sudah mati kutu dibuatnya. taktahu nak buat apebenda nya lagi. dan, ini lah kerja-tugasnya.
 
1) melukis yang entah apaapa. dan entah kapan mau cantik lukisannya. :3



2) candy crush yang tidak berkesudahannya. heheheee :P


3) download movie conan yg menghabiskan data internetnyaa. 


4) runningman yang beratus episodnyaa :D


5) korean drama yang bertimbun dlm hardisknya
most favourite drama, antara yg byk2 dok tgk time cuti nie ; King 2 Heart <3 td="">

6) study yang belum habesnyaa. BTQ only. math and physics mmg tak paham. oh sadisnya T.T 


7) perkara paling utama yg 'menyihatkan' badan. :P
eating non-stop. opss

8) perkara paling menyedihkan. :(((( uwaa

entah apa lagi harus kulakukan utk sebulan lagi sebelum kembali ke sini :-

sayamasihmengharapkansayadapatlakukanperkarayglebihberfaedahdalammasasebulanyangmasihada.
sobsob

iqa. :)

#1

.....

..........


................




........................










..........................................


























...................................................................................




























aucakkk ^_^v
songjoongki <3 nbsp="">

Thursday, September 26, 2013

Allah tahu segalanya. Insya Allah

assalamua'laikum.

allahurabbi. rindunya aku pd mereka ini. T.T

hati aku susah nak terima orang sbg shbt skrg. entah why. heih. kat sini, macamacam org aku jumpa. org yg baik dgn kita depandepan, tapi blkg kita, kita diibaratkan mcm musuh ketat. allah. engkau tahu apa yg terbaik untukku. kadangkadang, rasa menyesal jejakkan kaki kat cfs uia ni. tapi, takpa lah. dah allah tetapkan rezeki aku kat sini. terima ja, kan ? hm . masih lagi tak paham ngan budakbudak bandar ni. rendah sgt ka org kampung mcm aku ni? bukannya aku dok dalam hutan. sabar ja lah. harap next sem jumpa orang yg opposite , sangatsangat opposite dgn depa tu. kawankawan, aku rindu hampa T.T 

kos? aku taktahu apa citacita aku. mungkin akan ada org kata, terlalu awal utk aku pkir psl ni. ala, baru asasi. dah peningpening pikir pasal degree. memanglah kena pkirr :P kalau tak tukar kos from now, apa aku nak jadi. medic, jauh sekali. citacita aku time dtg sini. tengoktengok, degree utk student biosc hanya biotech. bukan biomed bukan medic [lagi] bukan yg nampak masa depan. T.T kalau biomed, rasa la jugak ada kerja tu. tapi kalau biotech? takkan kena buat research ja. kalau tak buat research tak dapat gaji kah? haduiyai. maybe aku takpaham lagi pasal biotech ni. takpalah, aku redha ja. Insya Allah, Dia tahu setakat mana kemampuan aku. walaupun aku masih berharap utk memegang gelaran Dr. dlm masa 5-7 tahun akn dtg. aku tahu, aku tak sepandai and selayak utk ambik kos tu. It's okay. Allah tahu semua tu. Jangan risau piqah jangan sedih piqah. Insya Allah. 

aah, wahai tears, jangan la turun. T.T Allah rindu akan rintihan aku. Rintihan aku yg banyakbanyak. sebab tu dia limpahkan ujianujian ni untuk aku. kan kan. :)

for my parents, stop blaming me. walaupun papamama tak baca ni. tapi kak taktahan lah. papa, kak balik haritu sebab sakit. can u imagine, after one week facing operation, do you willing to stay at new place, new environment, alone? dengan tak buleh nak makan, nestum pon kena bancuh bagi caircair. nak telan air pon susah.  so on. dgn just using my allowance, do you think all of this enough? Allahurabbi. Mama, no comment. teruskanlah apa yg sdg dilakukan. 

*bukan aku nak burukburukkan depa, utk sapasapa yg salah anggap kat aku, sila tekan button X now. i don't care on what you want to say. harap maklum.

adakah ini uniform aku sampai pencen? wallahua'lam.

jom, nak tidoq. esok kelas bio at 9am. moga allah cerahkan hari aku esok. aamiin

wassalam

Saturday, June 08, 2013

305(A)

assalamualaikum. :)

alhamdulillah, operation bjalan lancar. ramai jugak yg taktau pasai tonsil nih. tonsil ni, adalah warior aka pertahanan bdan utk kita time baby2 dulu. tpi, bila dh besaq gajah mcm laa ni, fungsi dia makin kurang. utk kwan2 semua, kalau selalu sgt demam, better pi cek kt dkter. kemungkinan tonsil anda bengkak. ni lah tonsil:

kena buang dua2 belah. nmpak lubang besaq ja kat situ. patot pon sakit. :'( tkpa, sakit itu penghapus dosa kecil. right? :)

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa dosanya seperti pohon menggugurkan daun daunnya"    Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
okay, laa ni nk crita pasai kngn first time masuk wad pulak. heehe

first day ;

pukul 9 kena dftar kat kaunter EnT di hospital. masukmasuk ja bilik dokter, kena ambik darah. tibatiba aku rasa macam mata aku kena tutup, untuk main aucak aucak. haha. pengsan, sebab tengok darah sendiri. ==' lepas aku dah 'tenang' nurse suruh aku pi masuk wad. 305(A), nama katil aku. masukmasuk, dah kena medical checkup bagai. hari first hari yang memboringkan. duduk ja. and kena makan apa yg aku nak makan. sebab dokter kata lepas ni lama pulak nak kena makan. and petang tu, dtg la seorang sahabat yg paling rapat ngan aku sejak lepas spm ni. muced. heee. thanks sbb mai jenguk aku. sayang hang. after her, datang beliau :P thanks bawak mai my favourite food. :) malam tu, mama, tok pulak beli ayam goreng. oh, bahagianya aku time tu. tidur macam ulaq sawa. hehe

second day ;

pagipagi lagi, nurse dah kejut aku. nurse cakap, aku orang ketiga yg akan dioperate harini. and yang paling aku cuak, darah aku keluar and bercampur dengan air dlm tiub kat tgn aku. haha. sangat lah cuak time tu. pagipagi tu, datang la org2 yang aku sayangi. hehe. agak lama lah aku tunggu. dalam 11 camtu la, baru aku disorong eh, disorong ka? heee. ke bilik operate. oh, aku cuak lagi. dengan berpakaian serba comel ala ala surgeon muda. ceewaah :3 bila masuk ja bilik bedah tu, aku rasa macam jadi tikus yang akan diujikaji. ==' pastu, dokter tu cakap, shafiqah, dokter nak bius ni, relax yer, relax. aku pun lembikkan kan badan. dan, aku dah rasa macam ada kat tempat lain. and aku berjumpa dgn org2 yang tak kenal. tak tahu la tempat apa tu. aku masih lagi nak ingat balik apa yg aku mimpi sepanjang kena bius tu. tapi still tak ingat. hm. dalam sejam lebih, aku dengar ada orang panggi nama aku, 'shafiqah, bangun, operation dah siap'. pastu aku dengar para dokter cakap yg depa tu dah success la membuang benda itu dalam bdn aku, blablabla. lama jugak la aku dok kat tepi bilik bedah tu sorangsorang. sekejap aku terlelap, sekejap aku sedar. maklum la, ubat bius tak abes lagi. then, nurse yg baik tu pun dtg laa tolak aku pi wad. bila keluar dari ruang tu, aku nampak tok, adik, mama, beliau , ikut katil yang ditolak tu. sampai ja kat wad, aku rasa diri aku diawang awangan. time tu la aku rasa sakit yg amat kat dalam mulut aku. sampaikan nak bukak mulut pun tak buleh. sangatsangat la sakit. haritu, aku tidoq ja. and haritu, disebabkan ada problem sikit, takda sapa yang jaga aku, melainkan beliau. aku hanya dibenarkan minum air selepas 6 jam operation. tu pun seksa. kena guna straw, setitiksetitik. in that time lah, aku asyik keluarkan saliva ja. sebab tak boleh nak telan. dan beliau lah yang sentiasa standby dgn plastik untuk aku luahkan. sangatlah terharu. aku habes operate pukul 12 lebih, dalam pukul 7pm baru family aku dtg. sepanjang masa tu, ada laa kenalan yg dtg visit. thanks :) ptg tu, dkter dtg bagi ubat. pil pulak tu. kena mkn jugak katanya. utk bunuh kuman, pastu apa lagi tah. pil tu pun beliau tlg lenyekkan. sangatlah terdesak time tu. takda sapa selain beliau. macamtu pun ada lagi yang heran knpa aku bleh rapat dgn beliau. mungkin ada yg berdebat mengutuk habes habesan bila baca entry ni. tapi, biarlah, aku dah malas dah. malam pulak, baru mama yg jaga aku. sampai pagi.

third day ;

hari yang bahagia bagi aku. sebab berkemungkinan aku diizinkan balik. tapi amat menyedihkan, bila adik yg sama hari utk operate dgn aku, boleh balik. sdgkan aku, tak. sebab demam tak turunturun. tapi disebabkan aku sangatsangat bersemangat, akhirnya nurse yg baik hati tu mintak kat dokter utk bg aku balik. alhamdulillah, mungkin sbb smgt sygkan rumah yg mendorong temperature bdn aku decrease. petang tu, aku pun boleh balik :):)

dalam 4 hari aku dok kat rumah, aku dapat tawaran ke tmpat yg sangatsangat aku idamkan, university Islam antrabangsa. alhamdulillah. tapi aku hanya pergi untuk mendaftar, memandangkan keadaan aku yg masih lagi tak kuat, and mc yang berbaki.

sekian. ^,^v

Wednesday, May 29, 2013

pinjam 13 minit anda. boleh ?

assalamualaikum w.b.t.

post ni, iqa tkmau nk 'ckp' pnjg2. cuma nk share utk shbt2. smoga memberi manfaat utk kehidupan kita. tak semestinya kita baik, lahir dari family yg baik2, kita dibolehkan utk menghina dan mengutuk org lain. bukan itu cara dakwah yg sebenar. mungkin kita tak pernah terima ujian dari allah seperti org yg kita kutuk, hina, etc. sebab tu lah kita boleh pandang rendah terhadapnya. seseorang itu perlukan bimbingan. cukuplah sekadar bimbingan. bimbingan dari sahabat.

 dah lama perkara ni dok bermain-main dlm kotak pikiran nih. cuma taktau macamana nak luahkan. finally, iqa terjumpa video nih. hasil karya matluthfi. :) click here

HilalAsyraf |

[Respon Untuk Short Film 'Sebelah Sayap' karya Matluthfi90]
Alhamdulillah, sebelum saya mengarang panjang, betapa saya ingin mengajak rakan-rakan untuk menonton video ini. Bukan karangan saya ini untuk menyatakan short filem ini buruk ataubaik. Kerana ianya pada saya memang baik.

Namun saya suka nak memberikan sebuah respon untuk video ini.

Saya adalah budak yang membesar dalam keluarga yang mengikuti proses dakwah dan tarbiyah. Semenjak kecil, saya mengikuti kem-kem tarbawi. Saya dihantar ke Tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang dibina oleh orang-orang yang mewakafkan diri mereka di atas jalan dakwah dan tarbiyah.

Usroh, tamrin, ijtima', dan jargon-jargon seperti takwin fardil muslim, muwosofat tarbiyah, ustaziatul alam, baitud dakwah, dan pelbagai lagi adalah perkara yang telah mendarah daging di dalam hidup saya.

Hingga pernah saya sendiri rasa 'superior'.

Namun perjalanan ilmu dan perubahan suasana mendidik saya untuk memecahkan superioriti itu. Saya mula belajar memahami orang lain yang tidak merasai nikmat usroh, tamrin, ijtima' dan lain-lain.

Saya belajar melepak dengan mereka, dan saya mula faham bahawa antara faktor utama dakwah adalah 'sentuhan hati'. Dan kadangkala ianya memerlukan masa yang lama.

Dengan pertambahan ilmu dan pemerhatian hasil banyaknya berjalan, saya mula lihat betapa kita tidak sepatutnya wewenang hendak melabel rakan-rakan kita dengan label yang berat seperti kafir, munafiq, tidak beriman dan sebagainya. Sebaiknya dicambuk ayat-ayat itu pada diri sendiri sebelum sibuk diletakkan pada bahu orang lain.

Antara yang banyak mengubah saya adalah Buku Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisy. Buku yang mendidik untuk diri ini melihat sesuatu itu dari pelbagai perspektif.

Saya mula memahami bahawa,
jika benar kita ini semakin mendekati Allah,
maka sepatutnya kita menjadi semakin kerdil,
bukan semakin membesar diri.

Saya mula memahami taktik dan kepelbagaian strategi dakwah, bukanlah semata-mata dengan ayat azab siksa neraka, tetapi juga hendaklah dimotivasikan manusia ini dengan ayat-ayat keluasan keampunanNya, ganjaran syurgaNya. Kerana Allah SWT sendiri adalah yang seimbang ayat-ayatNya. Taktik targhib(galakan) dan tarhib(amaran) adalah antara uslub yang Allah SWT gunakan.

Lihatlah ayat-ayatNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." ~ Surah Ibrahim ayat 7.

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). ~ Surah Al-An'am ayat 160

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ~ Surah Al-Baqarah ayat 256

Maka sepatutnya juga kita punya ciri-ciri targhib dan tarhib ini dalam urusan dakwah dan tarbiyah kita.

Rasa syukur kita mendapat nikmat usroh, tamrin, tarbiyah dan sebagainya itu kita manifestasikan dalam bentuk kita bersungguh-sungguh mengajak manusia dengan hikmah(bijaksana) kepada Allah SWT.

Kita mahu Islam yang ramah, bukan Islam yang marah tak tentu fasal.

Jangan kerana dakwah kita, buat Islam jadi terfitnah, dan buat orang makin jauh daripada Allah SWT.

Allah telah menunjukkan kita dengan jelas di dalam Hadith riwayat Muslim yang mana Rasulullah SAW menceritakan perihal pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Kala dia membunuh 99 orang, dia bertemu dengan seorang alim untuk bertaubat.

Alim ini menyatakan dia tidak boleh bertaubat, tak ada harapan. Maka apakah balasan Allah kepada si alim ini? Alim ini dibunuh. Menjadi asbab kepada si pembunuh menambah lagi dosanya. Di dalam syarah hadith tersebut, ianya seakan simbolik kepada 'tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pendakwah'.

Kemudian dalam keadaan mangsanya genap 100, pembunuh tadi tetap tidak melepaskan sangka baiknya kepada Allah, lantas dia mencari pula alim yang seterusnya untuk mengajarnya agar bertaubat.

Alim yang seterusnya menyatakan bahawa pengampunan Allah amat luas. Dan menunjukkan kepada si pembunuh kampung yang suasananya baik untuk perubahan. Maka si pembunuh, bergerak ke kampung itu. Di tengah perjalanan dia dijemput kematian.

Sengaja Allah mengarahkan sebuah 'drama' antara malaikat rahmat dan malaikat azab, untuk melakonkan 'sketsa' apakah lelaki ini ke syurga dan ke neraka. Sengaja Allah menyuruh dua malaikat ini mengukur jarak lelaki ini antara dua kampung. Jika hampir ke kampung kebaikan, bawalah dia ke syurga, jika lebih hampir dengan kampung yang sebelumnya, bawalah dia ke neraka. Bila diukur, nyata dia lebih dekat dengan kampung kebaikan dan dia dibalas dengan syurgaNya, walau belum lagi bertaubat.

Mengapa wujudnya 'drama' dan 'sketsa' itu? Apakah kerana lelaki itu bernasib baik mati dalam keadaan dirinya berjaya lebih dekat dengan kampung kebaikan? Tidak. Siapakah yang mematikan lelaki itu, di saat itu, pada tempat itu, pada jarak yang sedemikian?

Bukankah Allah? Maka tidakkah kita melihat? Allah telah menerima pembunuh yang bersungguh untuk bertaubat ini, bahkan memuliakannya hingga malaikat sanggup 'berbincang' akan siapakah yang lebih layak mengambilnya, dan nyata dia telah lebih mulia dengan 'dipilih' sendiri oleh Allah SWT untuk memasuki syurgaNya.

Apakah alim yang pertama dapat? Dia tidak mendapat apa-apa dek emosinya. Sedang pembunuh 100 orang memasuki syurgaNya. Begitulah Allah memberikan pembalasan. AdilNya tidak akan mampu diukur sendiri oleh manusia.

Maka bagaimana pula kita?
Yang Allah bagi nikmat faham jargon-jargon arab,
bahkan ada yang pandai cakap arab,
yang semenjak kecil ikut usroh, program tarbawi, tamrin,
naik pelbagai level dalam jemaah kita,
dan macam-macam lagi.

Apakah layak untuk berlagak, dan menerakakan orang?
Atau kita kena rasa, nikmat itu adalah agar kita mencontohi alim kedua dalam cerita pembunuh 100 orang tadi, moga kita ini menjadi cahaya buat yang runsing dan ragu dengan kehidupannya, dengan dosa-dosanya?

Bukankah kita semua ini pun,
hatta yang ikut usroh,
kita ada dosa kita, ada keaiban-keaiban kita,
cuma Allah menyembunyikannya?

Maka mengapa kita kena rasa 'superior'?
Apa syurga neraka kita punya?
Tidak sama sekali.

Maka di dalam perjalanan hidup saya, dek kerana saya mula memahami perkara ini, maka saya karang Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa, taglinenya - Harapan Selalu Ada.

Harapan selalu ada. Itu yang saya percaya.

Jika berdosa, bertaubatlah. Jika berdosa lagi, bertaubatlah lagi. Berkali-kali. Dengan rasa penuh penyesalan dan keinsafan. Jika diuji dan tergelincir lagi, bertaubatlah lagi. Lagi. Lagi. Lagi dan lagi.

Ketahuilah Allah itu tidak bosan sebagaimana bosannya manusia.
Dia Maha Mengetahui hati kita, Dia Maha Memahami Keadaan kita. Dia tahu kita usaha keras. Dia tahu kita saban malam menangis mengadu kepadaNya. Dia tahu kita bukan sengaja-sengaja, wewenang nak ingkar kepadaNya. Dia tahu, walau berulang kali kita terjatuh, kita rajin bangkit semula bertaubat kepadaNya.

Biarlah kita mati dalam keadaan berusaha, dari mati tak buat apa-apa.

Rakan-rakan, kita semua pendosa.
Jangan resah dan gelisah seakan tiada lagi cahaya.
Situasi watak Mat dan rakannya di penghujung video merenjat saya.

Rakan-rakan, saya bukan malaikat, bukan nabi, bukan juga manusia terbaik, tersoleh di muka bumi ini. Saya ada dosa juga, ada aib juga. Tetapi saya usaha apa saya boleh usaha, agar diri saya dan diri kita semua berjaya ke syurgaNya.

Saya tidak dapat bersama anda sentiasa. Maka moga karya saya - Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada - akan anda jumpai, selami, dalami.

Allah bagi kita hidup,
tandanya Dia sedang berikan peluang untuk kita masuk ke syurgaNya.

Sama-sama kita muhasabah.

Maaf atas coretan panjang.
Video Mat ini sangat terkesan buat saya.

sekian, shafiqahshahril.

Friday, May 17, 2013

takda rezeki lagi tu. :)

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA 
dalam Permohonan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014.


Dupdapdupdap. jantung kurasakan ibarat baru lepas PT pagi time PLKN. tangan terketarketar. air mata berlinangan. ohyes! budak 6A tak layak masuk IPTA. hatiku bersecream. =.= berkali kali aku refresh and cek semula, tapi jawapan ttap sama.

then, sms, chat dari kwn2 aku. 'hg dpt apa weyh?' smua tk caya aku xdapat. oh, lagi sedih. tp tkpa, form six kan ada lagi. nasib baik lah allah gerakkan hati aku utk cancel hntaq surat berhenti. alhamdulillah. 

agama arau @ tok sheikh? kalau tok sheikh, satu jalan terakhir yg boleh bantu aku utk capai citacita. kalau agama arau, tempat yg aku boleh tenangkan hati, dan belajar bidang yg aku mnat. hmm. Allahurabbi. tolonglah hambamu. Allah rindukan aku, sebabtu allah bagi ujian ni kat aku. mungkin ada yang lebih baik yg Allah dah aturkan.

Air mata berlinangan lagi.

piqah, chill lah. bersyukur..bleh kan? ada lagi peluang untuk sambung belajar. bukannya takda. Bismillahirrahmanirrahim. dengan ini piqah akan buka lembaran hidup baru. semoga Allah bagi pilihan yg terbaik utkku. :)

redha piqah redha.


iqa

Thursday, May 16, 2013

Oh cikguuu~

assalamualaikum.

buat cikgu-cikgu yg pernah mengajar saya, terima kasih. terima kasih kerana mengajar saya membaca, menulis, mengira dan banyak lagi. sebelumsebelum ni, rasa malas ja nakpi sekolah kalau ada sambutan hari guru. alasan, tak belajaq. now, rasa rindu plus sebak bila kenangkan sekolah.. cikgucikgu yg tak pernah jemu nak ajaq kita. T.T thanks a lot.

untuk semua yang pernah hadir dalam hidup saya, anda lah cikgu. anda lah yg mengajar saya erti kehidupan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan, etc. terima kasih :')

buat cikgu-cikgu dari;

tadika kemas [2000-2001]
SK Dato' Wan Ahmad [2002-2003]
SK Arau [2003-2007]
SMK Agama Arau [2008-2012]
Kem PLKN Guar Chenderai [2013]
SMK Dato' Sheikh Ahmad [2013]

buat guru sekolah rendah, 5A telah saya hadiahkan.
buat guru SMKAA [pmr] , 9A telah saya hadiahkan.
buat guru SMKAA [spm], 6A yang mampu saya hadiahkan.

jauh di benak hati setiap guru, tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan sebuah kejayaan dari pelajarnya. kan ? :)

berbillion-billion terima kasih kerana mengajar saya.selagi pelajar itu mengamalkan dan mengingati ilmu yang diajar oleh gurunya, Insyaa Allah akan mendapat ganjaran drpd ALLAH SWT. :)

buat semua cikgu, klik sini :)

TERIMA KASIH CIKGU. 
muridmu, NOR SHAFIQAH BINTI NOR SHAHRIL. 

Monday, May 13, 2013

hikmah ?

assalamualaikum. :)

pelajar pra-u sementara here. hoho.. firstly, agak kecewa bila semua sahabat yg ku sayang plus rapat dapat matrik, tibatiba aku sorang saja yg dapat form 6. seronok tengok depa print surat pengakuan segala bagai. tapi, hati aku nih teringat bahawa, aku pernah berharap takmau pi matrik. terkadang, apa yg kita ucapkan tu yg akan jadi kenyataanya. walaupun hanya sepatah ayat. sepatah ayat ? camna tuh? hee

IPG aka institut perguruan, tak dapat. matrik, tak dapat. kolej mara pon tak dapat. mungkin ni pengajaran buat aku. JANGAN TAMAK! ngeh, lastly, surat form six smkdsa yg kugenggam. mungkin orang cakap, 'untung la hg, dpt sekali dgn beliau. mmg sejati la hampa dua!' yup, mmg seronok bila dapat tau kami dpt sama. tapi, agak pelik kan. sesetengah org cakap, 3A and below , automatic dpt form 6. [takda niat nak rendahkan sapasapa] . then, ada jugak kawan yg 2A, 1A, dapat tawaran matrik. okey, takmau nak soalkan pasal tu. takot ada yg terasa hati~ walaupun hati ini sedar, takdok sapa pon nk singgah kat teratak maya nih. :P

yang lain, plkn. dulu, malam last sblum masuk kem, nangis semalaman sebab takmau pi. pastu, hati aku nih lega sikit bila dpt satu ayat dari shbt sorg tu, 'tkpa, allah tau hg mmpu. buleh punyaa!' . :) syg hg. bila aku pi, banyak yg aku tak suka. then, bila dah abes, aku dapat satu kebaikan. satu ja? heh. cukop lah tu. kat sana, ada badar yg uruskan bab2 dakwah. kat sana, aku dapat dekatkan diri dgn allah semula. setelah sekian lama aku rasa jauhhhh sangat dgn NYA. kat sana, aku boleh tengok macamna suasana dgn dunia luar. mungkin kat smkaa, aku hanya hidup dalam kelompok yg kecik. tapi kat sana, aku buleh tengok mcamna pemikiran budak sbp, vokasional, mrsm, etc. kat sana, aku buleh bukak minda aku yg lama terkurung nih. tertutup tanpa penutup. hahaa :D err, lebih dari satu sudahh :) mungkin apa yang aku dapat lepasni, akan ada hikmahnya macam kat plkn. the important is, PENGALAMAN. perkara yg takbuleh dijual-beli walau dengan setriilllian duit pon. kan? :)

cuma nak luahkan kat sini, kita sepatutnya menerima hakikat yang Allah bagi. mungkin itu yang terbaik buat kita kelak. kan? Allahurabbi, hati ini berharap sangat dapat tawaran ke ipta. teringin nak belajar tempat orang. dari kecik asyik dapat kat arau ja. hee~ tapi, kalau allah tetapkan kat situ, kat situ lah kita. bak kata ustaz hj ahmad, 'kat mana rezeki, kat situ lah kita kena pi makan'.

lastly, didik hati untuk bersyukur dan menerima hakikat. :)

sekian,

hatiyangsedangdirenovate.

Saturday, April 13, 2013

B E R S Y U K U R .

ASSALAMUALAIKUM :)

woaaaaa ! dh lama tk update blog. dah berhabuk dah rasanya. bukan stkat berhabuk, dah berdebu dah pon. err, bukankah sama ? :p

bukak fb, tgk kwn2 dpt interview sana sini. dpt twran sana sini. dpt 11A, 10A . woww. hbat kan depa? tapi satu ja yg membuatkan aku tak puas hati duatiga harini. aku tak mampu nak tegoq depandepan. stakat update status and blog, yg tu ja aku mmpu. tak tegoq, dah nama pon kwn. takkanlah nk jd batu yg tahu membca saja. iye dok ? ^^

dpt 9A 2B, teriak+qheyiau+nangis sampai bengkak mata. dapat pi interview, printscreen and sebaq satu fb. pastu post, "iteww dpt interview at snii . tpiy iteww tknak pegi lahh.. " huh, apa kes? -.-

bukannya aku nk dengki, tapi, tlg lah. satu ja aku mintak. buleh dak tolong BERSYUKUR ? pikiaq org bawah sama. org yg dpt sikit ja, buleh ja bersyukur. takkan awak2 di luar sana tak boleh ?  tak pernahkah terbayang apa yg org len rasa bila TERbaca status hmpa yg tk puas hati dgn nikmat yg ALLAH bg ?

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


post ni bukannya bermotifkan kedengkian segala bagaii, cuma nak tegoq kawan2 aku yg disayangi. bersyukur ye sayang ? :) kalau sekali ALLAH tarik balik nikmat yg kita dpt tu, kita tak buleh nk hal
ang. Nauzubillah. buang rasa RIAK dalam hati kita. taktahan nk tengok perangai hmpa yg macamtu. Wallahua'alam. 

luahan hati,
shafiqahshahril

Sunday, February 10, 2013

PLKN stories 1

assalamualaikum,

holla ! wirawati negara is here. hehe..

nak cerita kat hampa nih psl PLKN.. msti hmpa nk dgaq kan piqah ceta ? seriously, mmg rugi sapa yg xdpt plkn.... and mmg untung spa yg xdpt plkn... nk tau sbb apa.. ini kisahnya........jeng jeng jeng :P

firstly, rugi laa sapa yg xdpt plkn. byk bnda yg pqah dpt.. mula2 pi tu, rasa mcm nk qheyiau [cry] pon ada. sbb sorg2 ja dpt kt situ. cma knal bbrapa wira ja yg stu skolah. yg len, tk kenal. mula2 msok bas, p la dok kt tpi sorg bdak cina tu. aduiyai, sombong kot. bila nk smbg ja ngn dy, dy wt layan tk layan. sungguh, aku sendiri menyepi time tu. tkpa, teruskan usaha. then, try la usha2 kt blkg. nmpk la sorg bdk ni. dy snyum, aku pon snyum. hee~ rasa sedikit kbahagiaan. hak2.. tapi, aku trus tabahkan hati.. try jgk dduk tpi bdk cina tu. dy tu still wat bodo ja kt aku. and, aku nmpak sebutir jernih ayaq mata kt mata dya. baru aku paham, ada ketidakrelaan dlm hti dy utk p plkn. kuang3..

bila sampai ja, trus dgr sorg makcik nih dok jerit2. dok marah kami. walaupon kmi tk wt ksalahn yg kritikal. dlm hati aku, 'apa kes makcik nih, dok wat pala hingaq apa tah' oh, kejamnya hati aku mengutuk. haha.. bila perhati2 tgk, baru aku tau.. makcik tu pgawai pndaftaran kt situ. kononnya nk tnjuk la kekejaman plkn tu. dy ckp, 'kat sni hmpa xleh nk syg suara hmpa. kna kluaq kan ja..' time tu, aku rasa mcm nk balik ja. huwaaa -.-

then, lpas medical checkup, kmi kna msok dorm msing2. bila tgk ja kt snarai nma dorm, sorg pon aku tk knai. adoii, sndiri menyepinya aku kat guar chenderai. huhu.. tapi, alhamdulillah.. aku jumpa sorg kwn ni. yg jd bestfren aku kt situ spnjg plkn.. nama dya.. ainul basyirah. adik kpd ex skolah aku. oke, sambong crita.. ptg tu, kmi dpt bju. haish, seksa sgguh. ujan lbat.. dok tggu dpn stor tu bkn men lma.. mklum la byk bnda yg kmi dpt..

utk hari first, third, and second.. kmi still rehat lagi. sbb tggu bdk penang n kedah smpai.. kmi pon bgmbira la time tu. smntara tggu kpnatan mlanda.. bla msok ja mggu second, dh mula dh. mcm2 ada~

nk tau smbungan dya ?? tggu slpas ini...