Pages

Wednesday, May 29, 2013

pinjam 13 minit anda. boleh ?

assalamualaikum w.b.t.

post ni, iqa tkmau nk 'ckp' pnjg2. cuma nk share utk shbt2. smoga memberi manfaat utk kehidupan kita. tak semestinya kita baik, lahir dari family yg baik2, kita dibolehkan utk menghina dan mengutuk org lain. bukan itu cara dakwah yg sebenar. mungkin kita tak pernah terima ujian dari allah seperti org yg kita kutuk, hina, etc. sebab tu lah kita boleh pandang rendah terhadapnya. seseorang itu perlukan bimbingan. cukuplah sekadar bimbingan. bimbingan dari sahabat.

 dah lama perkara ni dok bermain-main dlm kotak pikiran nih. cuma taktau macamana nak luahkan. finally, iqa terjumpa video nih. hasil karya matluthfi. :) click here

HilalAsyraf |

[Respon Untuk Short Film 'Sebelah Sayap' karya Matluthfi90]
Alhamdulillah, sebelum saya mengarang panjang, betapa saya ingin mengajak rakan-rakan untuk menonton video ini. Bukan karangan saya ini untuk menyatakan short filem ini buruk ataubaik. Kerana ianya pada saya memang baik.

Namun saya suka nak memberikan sebuah respon untuk video ini.

Saya adalah budak yang membesar dalam keluarga yang mengikuti proses dakwah dan tarbiyah. Semenjak kecil, saya mengikuti kem-kem tarbawi. Saya dihantar ke Tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang dibina oleh orang-orang yang mewakafkan diri mereka di atas jalan dakwah dan tarbiyah.

Usroh, tamrin, ijtima', dan jargon-jargon seperti takwin fardil muslim, muwosofat tarbiyah, ustaziatul alam, baitud dakwah, dan pelbagai lagi adalah perkara yang telah mendarah daging di dalam hidup saya.

Hingga pernah saya sendiri rasa 'superior'.

Namun perjalanan ilmu dan perubahan suasana mendidik saya untuk memecahkan superioriti itu. Saya mula belajar memahami orang lain yang tidak merasai nikmat usroh, tamrin, ijtima' dan lain-lain.

Saya belajar melepak dengan mereka, dan saya mula faham bahawa antara faktor utama dakwah adalah 'sentuhan hati'. Dan kadangkala ianya memerlukan masa yang lama.

Dengan pertambahan ilmu dan pemerhatian hasil banyaknya berjalan, saya mula lihat betapa kita tidak sepatutnya wewenang hendak melabel rakan-rakan kita dengan label yang berat seperti kafir, munafiq, tidak beriman dan sebagainya. Sebaiknya dicambuk ayat-ayat itu pada diri sendiri sebelum sibuk diletakkan pada bahu orang lain.

Antara yang banyak mengubah saya adalah Buku Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisy. Buku yang mendidik untuk diri ini melihat sesuatu itu dari pelbagai perspektif.

Saya mula memahami bahawa,
jika benar kita ini semakin mendekati Allah,
maka sepatutnya kita menjadi semakin kerdil,
bukan semakin membesar diri.

Saya mula memahami taktik dan kepelbagaian strategi dakwah, bukanlah semata-mata dengan ayat azab siksa neraka, tetapi juga hendaklah dimotivasikan manusia ini dengan ayat-ayat keluasan keampunanNya, ganjaran syurgaNya. Kerana Allah SWT sendiri adalah yang seimbang ayat-ayatNya. Taktik targhib(galakan) dan tarhib(amaran) adalah antara uslub yang Allah SWT gunakan.

Lihatlah ayat-ayatNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." ~ Surah Ibrahim ayat 7.

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). ~ Surah Al-An'am ayat 160

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ~ Surah Al-Baqarah ayat 256

Maka sepatutnya juga kita punya ciri-ciri targhib dan tarhib ini dalam urusan dakwah dan tarbiyah kita.

Rasa syukur kita mendapat nikmat usroh, tamrin, tarbiyah dan sebagainya itu kita manifestasikan dalam bentuk kita bersungguh-sungguh mengajak manusia dengan hikmah(bijaksana) kepada Allah SWT.

Kita mahu Islam yang ramah, bukan Islam yang marah tak tentu fasal.

Jangan kerana dakwah kita, buat Islam jadi terfitnah, dan buat orang makin jauh daripada Allah SWT.

Allah telah menunjukkan kita dengan jelas di dalam Hadith riwayat Muslim yang mana Rasulullah SAW menceritakan perihal pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Kala dia membunuh 99 orang, dia bertemu dengan seorang alim untuk bertaubat.

Alim ini menyatakan dia tidak boleh bertaubat, tak ada harapan. Maka apakah balasan Allah kepada si alim ini? Alim ini dibunuh. Menjadi asbab kepada si pembunuh menambah lagi dosanya. Di dalam syarah hadith tersebut, ianya seakan simbolik kepada 'tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pendakwah'.

Kemudian dalam keadaan mangsanya genap 100, pembunuh tadi tetap tidak melepaskan sangka baiknya kepada Allah, lantas dia mencari pula alim yang seterusnya untuk mengajarnya agar bertaubat.

Alim yang seterusnya menyatakan bahawa pengampunan Allah amat luas. Dan menunjukkan kepada si pembunuh kampung yang suasananya baik untuk perubahan. Maka si pembunuh, bergerak ke kampung itu. Di tengah perjalanan dia dijemput kematian.

Sengaja Allah mengarahkan sebuah 'drama' antara malaikat rahmat dan malaikat azab, untuk melakonkan 'sketsa' apakah lelaki ini ke syurga dan ke neraka. Sengaja Allah menyuruh dua malaikat ini mengukur jarak lelaki ini antara dua kampung. Jika hampir ke kampung kebaikan, bawalah dia ke syurga, jika lebih hampir dengan kampung yang sebelumnya, bawalah dia ke neraka. Bila diukur, nyata dia lebih dekat dengan kampung kebaikan dan dia dibalas dengan syurgaNya, walau belum lagi bertaubat.

Mengapa wujudnya 'drama' dan 'sketsa' itu? Apakah kerana lelaki itu bernasib baik mati dalam keadaan dirinya berjaya lebih dekat dengan kampung kebaikan? Tidak. Siapakah yang mematikan lelaki itu, di saat itu, pada tempat itu, pada jarak yang sedemikian?

Bukankah Allah? Maka tidakkah kita melihat? Allah telah menerima pembunuh yang bersungguh untuk bertaubat ini, bahkan memuliakannya hingga malaikat sanggup 'berbincang' akan siapakah yang lebih layak mengambilnya, dan nyata dia telah lebih mulia dengan 'dipilih' sendiri oleh Allah SWT untuk memasuki syurgaNya.

Apakah alim yang pertama dapat? Dia tidak mendapat apa-apa dek emosinya. Sedang pembunuh 100 orang memasuki syurgaNya. Begitulah Allah memberikan pembalasan. AdilNya tidak akan mampu diukur sendiri oleh manusia.

Maka bagaimana pula kita?
Yang Allah bagi nikmat faham jargon-jargon arab,
bahkan ada yang pandai cakap arab,
yang semenjak kecil ikut usroh, program tarbawi, tamrin,
naik pelbagai level dalam jemaah kita,
dan macam-macam lagi.

Apakah layak untuk berlagak, dan menerakakan orang?
Atau kita kena rasa, nikmat itu adalah agar kita mencontohi alim kedua dalam cerita pembunuh 100 orang tadi, moga kita ini menjadi cahaya buat yang runsing dan ragu dengan kehidupannya, dengan dosa-dosanya?

Bukankah kita semua ini pun,
hatta yang ikut usroh,
kita ada dosa kita, ada keaiban-keaiban kita,
cuma Allah menyembunyikannya?

Maka mengapa kita kena rasa 'superior'?
Apa syurga neraka kita punya?
Tidak sama sekali.

Maka di dalam perjalanan hidup saya, dek kerana saya mula memahami perkara ini, maka saya karang Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa, taglinenya - Harapan Selalu Ada.

Harapan selalu ada. Itu yang saya percaya.

Jika berdosa, bertaubatlah. Jika berdosa lagi, bertaubatlah lagi. Berkali-kali. Dengan rasa penuh penyesalan dan keinsafan. Jika diuji dan tergelincir lagi, bertaubatlah lagi. Lagi. Lagi. Lagi dan lagi.

Ketahuilah Allah itu tidak bosan sebagaimana bosannya manusia.
Dia Maha Mengetahui hati kita, Dia Maha Memahami Keadaan kita. Dia tahu kita usaha keras. Dia tahu kita saban malam menangis mengadu kepadaNya. Dia tahu kita bukan sengaja-sengaja, wewenang nak ingkar kepadaNya. Dia tahu, walau berulang kali kita terjatuh, kita rajin bangkit semula bertaubat kepadaNya.

Biarlah kita mati dalam keadaan berusaha, dari mati tak buat apa-apa.

Rakan-rakan, kita semua pendosa.
Jangan resah dan gelisah seakan tiada lagi cahaya.
Situasi watak Mat dan rakannya di penghujung video merenjat saya.

Rakan-rakan, saya bukan malaikat, bukan nabi, bukan juga manusia terbaik, tersoleh di muka bumi ini. Saya ada dosa juga, ada aib juga. Tetapi saya usaha apa saya boleh usaha, agar diri saya dan diri kita semua berjaya ke syurgaNya.

Saya tidak dapat bersama anda sentiasa. Maka moga karya saya - Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada - akan anda jumpai, selami, dalami.

Allah bagi kita hidup,
tandanya Dia sedang berikan peluang untuk kita masuk ke syurgaNya.

Sama-sama kita muhasabah.

Maaf atas coretan panjang.
Video Mat ini sangat terkesan buat saya.

sekian, shafiqahshahril.

Friday, May 17, 2013

takda rezeki lagi tu. :)

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA 
dalam Permohonan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014.


Dupdapdupdap. jantung kurasakan ibarat baru lepas PT pagi time PLKN. tangan terketarketar. air mata berlinangan. ohyes! budak 6A tak layak masuk IPTA. hatiku bersecream. =.= berkali kali aku refresh and cek semula, tapi jawapan ttap sama.

then, sms, chat dari kwn2 aku. 'hg dpt apa weyh?' smua tk caya aku xdapat. oh, lagi sedih. tp tkpa, form six kan ada lagi. nasib baik lah allah gerakkan hati aku utk cancel hntaq surat berhenti. alhamdulillah. 

agama arau @ tok sheikh? kalau tok sheikh, satu jalan terakhir yg boleh bantu aku utk capai citacita. kalau agama arau, tempat yg aku boleh tenangkan hati, dan belajar bidang yg aku mnat. hmm. Allahurabbi. tolonglah hambamu. Allah rindukan aku, sebabtu allah bagi ujian ni kat aku. mungkin ada yang lebih baik yg Allah dah aturkan.

Air mata berlinangan lagi.

piqah, chill lah. bersyukur..bleh kan? ada lagi peluang untuk sambung belajar. bukannya takda. Bismillahirrahmanirrahim. dengan ini piqah akan buka lembaran hidup baru. semoga Allah bagi pilihan yg terbaik utkku. :)

redha piqah redha.


iqa

Thursday, May 16, 2013

Oh cikguuu~

assalamualaikum.

buat cikgu-cikgu yg pernah mengajar saya, terima kasih. terima kasih kerana mengajar saya membaca, menulis, mengira dan banyak lagi. sebelumsebelum ni, rasa malas ja nakpi sekolah kalau ada sambutan hari guru. alasan, tak belajaq. now, rasa rindu plus sebak bila kenangkan sekolah.. cikgucikgu yg tak pernah jemu nak ajaq kita. T.T thanks a lot.

untuk semua yang pernah hadir dalam hidup saya, anda lah cikgu. anda lah yg mengajar saya erti kehidupan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan, etc. terima kasih :')

buat cikgu-cikgu dari;

tadika kemas [2000-2001]
SK Dato' Wan Ahmad [2002-2003]
SK Arau [2003-2007]
SMK Agama Arau [2008-2012]
Kem PLKN Guar Chenderai [2013]
SMK Dato' Sheikh Ahmad [2013]

buat guru sekolah rendah, 5A telah saya hadiahkan.
buat guru SMKAA [pmr] , 9A telah saya hadiahkan.
buat guru SMKAA [spm], 6A yang mampu saya hadiahkan.

jauh di benak hati setiap guru, tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan sebuah kejayaan dari pelajarnya. kan ? :)

berbillion-billion terima kasih kerana mengajar saya.selagi pelajar itu mengamalkan dan mengingati ilmu yang diajar oleh gurunya, Insyaa Allah akan mendapat ganjaran drpd ALLAH SWT. :)

buat semua cikgu, klik sini :)

TERIMA KASIH CIKGU. 
muridmu, NOR SHAFIQAH BINTI NOR SHAHRIL. 

Monday, May 13, 2013

hikmah ?

assalamualaikum. :)

pelajar pra-u sementara here. hoho.. firstly, agak kecewa bila semua sahabat yg ku sayang plus rapat dapat matrik, tibatiba aku sorang saja yg dapat form 6. seronok tengok depa print surat pengakuan segala bagai. tapi, hati aku nih teringat bahawa, aku pernah berharap takmau pi matrik. terkadang, apa yg kita ucapkan tu yg akan jadi kenyataanya. walaupun hanya sepatah ayat. sepatah ayat ? camna tuh? hee

IPG aka institut perguruan, tak dapat. matrik, tak dapat. kolej mara pon tak dapat. mungkin ni pengajaran buat aku. JANGAN TAMAK! ngeh, lastly, surat form six smkdsa yg kugenggam. mungkin orang cakap, 'untung la hg, dpt sekali dgn beliau. mmg sejati la hampa dua!' yup, mmg seronok bila dapat tau kami dpt sama. tapi, agak pelik kan. sesetengah org cakap, 3A and below , automatic dpt form 6. [takda niat nak rendahkan sapasapa] . then, ada jugak kawan yg 2A, 1A, dapat tawaran matrik. okey, takmau nak soalkan pasal tu. takot ada yg terasa hati~ walaupun hati ini sedar, takdok sapa pon nk singgah kat teratak maya nih. :P

yang lain, plkn. dulu, malam last sblum masuk kem, nangis semalaman sebab takmau pi. pastu, hati aku nih lega sikit bila dpt satu ayat dari shbt sorg tu, 'tkpa, allah tau hg mmpu. buleh punyaa!' . :) syg hg. bila aku pi, banyak yg aku tak suka. then, bila dah abes, aku dapat satu kebaikan. satu ja? heh. cukop lah tu. kat sana, ada badar yg uruskan bab2 dakwah. kat sana, aku dapat dekatkan diri dgn allah semula. setelah sekian lama aku rasa jauhhhh sangat dgn NYA. kat sana, aku boleh tengok macamna suasana dgn dunia luar. mungkin kat smkaa, aku hanya hidup dalam kelompok yg kecik. tapi kat sana, aku buleh tengok mcamna pemikiran budak sbp, vokasional, mrsm, etc. kat sana, aku buleh bukak minda aku yg lama terkurung nih. tertutup tanpa penutup. hahaa :D err, lebih dari satu sudahh :) mungkin apa yang aku dapat lepasni, akan ada hikmahnya macam kat plkn. the important is, PENGALAMAN. perkara yg takbuleh dijual-beli walau dengan setriilllian duit pon. kan? :)

cuma nak luahkan kat sini, kita sepatutnya menerima hakikat yang Allah bagi. mungkin itu yang terbaik buat kita kelak. kan? Allahurabbi, hati ini berharap sangat dapat tawaran ke ipta. teringin nak belajar tempat orang. dari kecik asyik dapat kat arau ja. hee~ tapi, kalau allah tetapkan kat situ, kat situ lah kita. bak kata ustaz hj ahmad, 'kat mana rezeki, kat situ lah kita kena pi makan'.

lastly, didik hati untuk bersyukur dan menerima hakikat. :)

sekian,

hatiyangsedangdirenovate.