Pages

Friday, January 27, 2012

Redha _Inteam

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk 
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku 
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist



penuh bermakna utk hdupku . :')

Wednesday, January 25, 2012

sedarilah ..

“Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

— (via tersenyum-melihat-langit)



:') 

Tuesday, January 24, 2012

3 minggu sudah !

assalamualaikum readers :)

mesti semua rindu kat iqa kan ? hee. perasan. sori lah, dah lama tak update. well, orang busy katakan . sbnarnya, 3 minggu takleh balik . so, dok kat asrama tercinta je lah . hoho. banyak dah berubah sekarang nih . iqa and am dah kelas lain, so , nampak la perubahan antara kami dua. hik2. kami dua dah jadi rajin.. and pendiam dalam kelas. kot. booo ! 

well, coklat krew dah tak macam dulu . susah dah nak bermusyawarah. hak2. maklum lah, kami dah asing dorm. tapi, iqa bersyukur gak. kawan-kawan yang sedorm ngan iqa tahun ni pon, semuanya happening. tak larat nak gelak dgn depa. trutamanya kak azah, kak ecah, n kak azian . and yang lain pun sama.


ontheway nak pi kelas fizik. peace !
pasal classmate, minggu first and second, rasa seronok gak r. bila minggu third tu, rasa rindu kat ao n am. huhu. tapi syukur gak la sebab ada mira D, anis, mila, wafa, ara, nana,asiah . paling syok skali bila buat experiment. kami semua dah jadi satu grup. bestt ~ and, iqa dah dapat kurangkan tidur dalam kelas. mudahan lepas ni, iqa dah tak ngantok dah. so, buleh la concentrate dalam kelas. amin !

harap-harap, semua azam iqa untuk 2012 nih, tercapai semuanya. :)

erm, takda pa dah nak citer kat hampa semua. gudnite all ^^

spongebob pun tau nak study. so, anda bila lagi ??
salam,

iqashafiqa

Tuesday, January 03, 2012

sayonaraaaaaaaaaaaaaaaaaa.

assalamualaikum,

okey, dah tiba masanya untuk lena. hoho. and untuk meninggalkan benda pat segi nih . TT.TT jumpa lagi nanti bila dah ada niat untuk online. huahua

lepas nih, takleh la nak dengaq lagu . yang buleh dengaq pon, siaran langsung kat asrama ja. taktau la nak rasa happy ka, sedih ka. tengah2. happy, sebab rindu gilaa kat kawan-kawan and sekolah. err.. cekgu ? xD sedih, sebab nak tinggal rumah. huwaaaaaaaa ! dah takleh makan banyak. =.= piqah ngeng. 

sayonara semua, kalau rindu tengok lah bulan. sebab, kita berkongsi bulan yang sama. hak2.

selamat malampagi.

sekian,

iqashafiqa

Sunday, January 01, 2012

azam 2012

assalamualaikum,

setiap kali tahun baru ja, mesti ada azam baru kan ? tak kira la tertunai atau tak, tetap juga ada dalam hati ni. takpa2, niat utk kebaikan jugak :)

so, untuk 2012 nih, iqa nak azam lebih dari tahun lepas. alaa, lebih sikit ja. :P

nak siapkan homwork
azam setiap tahun. tapi tak pernah tercapai SEPENUHNYA . bukan tak tercapai langsung, ada jugak lah siap homwork tu. tapi tak semua. takpa lah, asalkan ada perubahan.. :)

nak dapat 11 A + so, kena rajin lah kan ? :D
Insya Allah. iqa akan berusaha sungguh-sungguh . spm memang susah, tapi kan, tiada yang mustahil jika kita berusaha. SPM candidates, jom usaha sama-sama !!


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

takmau fly dah
okey, banyak kali kot fly tahun 2010 and 2011 . hmm.. untuk tahun yang last ni, i'll try my best :D

takmau bawak phone p ostel
phone banyak yang mengganggu . bila nak study ja, mesti kena letak phone kat tepi. bukannya apa, just nak dengar lagu. then, bila dengar lagu tu, mula lah nak berjiwang, pastu takleh nak fokus study. ngeengg ! =.=

nak ikut peraturan asrama ceewah, jadi budak baik la katakan :P
kesian kat warden. sepenuhnya percaya kat kita. tapi........ ? Insya Allah, iqa cuba untuk tak langgar peraturan. well, biasalah., sebelum nih, hati mau memberontak ja. semua takmau nak ikut. apa nak jadi haa ?

takmau guna phone sangat
balik rumah nanti, nak sembunyi phone. nak off . nak tengok selama mana buleh tak hidup tanpa phone. hoho

takmau online sangat
sejak addicted to fb, semua result menurun. haihh, study pun kurang.

berusaha nak kawan dengan semua
shafiqahshahril. seorang yang pendiam, and kera sumbang . == payah nak rapat dengan orang. pastu, dok sorang-sorang, muka jadi muram. so, 2012 ni, takmau dah macamtu. memanglah susah nak dapat seorang sahabat. well, u know, to have a friend, u must BE A FRIEND okayy ?

nak ukir kenangan kat 5 ali
yeahh, untuk tahun nih, iqa secara jujurnya , tak la suka sangat dok kelas 4 ali. sampaikan hari last haritu, bila dapat dok kelas 5 ali, punya lah p mintak nak tukaq kelas. tapi tecer linda tak bagi. maybe ada hikmahnya. bukannya apa, kelas tu banyak budak luar, ada 3 orang ja budak aspuri. now, padan muka. tinggal iqa sorang-sorang. and, sejak bila aku rapat dengan budak asrama ja ? bukannya dulu aku nih budak luar ka ? heihh, kacang lupakan kulit sungguh. so iqa, buang lah segala yang negatif tu. jadikan 5 ali sebagai kelas terbaik dalam hidup !

takmau MENGIMBAU sangat
iqa seorang yang hidup dalam masa lalu. dulu, iqa ingat 2011 nih takdak makna. maklumlah, tak rasa enjoy sangat macam 2010. bila dah berakhir, baru nak tau. hmm.. ish3. then, setiap hari dalam 2011 tu, iqa keja dok ingat masa lalu ja . that's why hampa selalu nampak iqa muram kan ? okay now, iqa nak ubah. takmau dah macamni . heeeeeee

nak lupa dia. boleh ke ?
perkara yang paling susah. boleh ke nak lupa si dya tu ? cuba la naa ? sudah-sudah lah. kalau ada jodoh, jumpa jugak nanti. jangan risau.

nak senyum selalu ( ^_______^)
Insya ALLAH . :))))

okey, cukop 12, semoga semua ni akan tercapai . Insya Allah :)

doakan iqa naa ? thanks :')




iqashafiqa.