Pages

Friday, September 16, 2011

outing dalam hujan



assalamualaikum,

setelah 2 minggu iqa xbalik rumah . kini iqa sudah berada di rumah . ==

haha. ngarut ja lbih .

oke. mengikut kebiasaan pelajar asrama smk agama arau, jika anda tidak dibenarkan pulang bermalam, anda akan dibenarkan keluar dan balik pada hari yang sama .

and, selalunya, destinasi mereka2 semua adalah ... jeng-jeng-jeng . CMART . haha. dan sekitar dengannya . hmm.. sejak entah bila, hari outing aspura and aspuri diasingkan .

pada minggu lepas , aspura outing sabtu .. aspuri outing ahad..

unfortunately,

hari outing aspuri iaitu hari ahad.. telah hujan dengan lebatnya.. like cats and dogs. =.=

tunggu punya tunggu ..

hujan pun reda tatkala selepas zohor.. jadi kami pun bersiaplah nak keluar..

ketika pengembaraan hampir bermula.. hujan turun lagi. so sad. tp xpa, kami ada bekalan. hehehehe ..

saya, putri. eh2. beta. haha. serta tiga lagi dayang. pun memulakan pengembaraan berpayungkan payung.. hak3..

amatlah beta senang hati kerana beta dipegangkan payung oleh dayang amirah waii . dan putri murshidah dipayungkan oleh dayang amalina . amatlah beta berdua bersuka hatii. riang gumbiraa. lalalala. haha.









jalan punya jalan..

sampai laa kat istana kedua beta.. disebabkan beta amat lapar, so, beta pun mengajaklah dayang2 beta ke tempat santap. hehe. KFC ARAUU . lepas makan, kami pun catch la gambar kat situ.. sebagai kenangan di sana . [huhh. pelik gila bahasa aku nih ]

then ,

p la satu kedai ni.. nama pa taktau. beta dah lupa. tapi, ni la kerja kami . heeeeeeee ~

LASTLY.
kami p la cmart.. shopping xsangat . kalau iqa, beli mamee ja. hahaha. yg 3 lagi tu ad la jgk beli brg2. teman depa ja laa. sementara teman tuu, ada la my keja.. nih2. ;

















hmmm. kami pun balikk ke 'paradise' setelah semua urusan selesaaiii .

yeayys !

aspurian ,

iqashafiqa .

p/s : tatabahasa serta penggunaan bahasa amatlah banyak kesalahannya dalam post ini . harap maaf . jangan meniru aksi ini di blog .

Saturday, September 10, 2011

hmm ..

assalamualaikum,

sihat ? makan dah ? kenyang ? ish.. belas gilaa. haha. sbnarnya iqa xda idea nk update. yg cerita tu xtulih lagii . hmm. sja ja nak berinteraksi dgn blog ni .habih boring sangat . hahahaha.


nak share gambaq kwn2 yg slalu gelak2 ngan iqa kt asrama. :)





ok, that's all .

aspurian ,

iqashafiqa .


Sunday, September 04, 2011

nanti pulak la =='

assalamualaikum ,

hmm. brubah lg template blog nih . haha. oke2. memandangkan jam sudah menunjukkan 2.29 pagi, so, iqa kena tido dulu . besok, banyak keja kena wat . lagipun, kul 3 kna balik asrama dah . iqa dah janji dgn azwa nak p cmart sama-sama . that's why la awaii .

err. maybe agak kurang selesa kot dengan blog ni skrg . so, tunggu 2 minggu lagi, iqa balik renovate lain yea . don't worry . dah tak sempat kalau nak wat skrg nih .

okey . sayonara ~~

pening ,.

iqashafiqa

Saturday, September 03, 2011

Pensel ..


assalamualaikum ,

pensel ka pensil . lupa plak dh ejaan yg betul. hmm. ==
tp xpa laa . nak crita pasal lain . hee ~

taw x apa itu pensel ? alat yg digunakan untuk kita menulis , melukis, and .. and.. er.. lalala~

di sebalik kepanjangan serta kehitamannya yang manis itu .. ada beberapa iktibar yang boleh kita dapat . nak tahu takk ?

baca kisah ini . :)
Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis .

" Apa ibu sedang tulis ? Ibu menulis tentang siapa ? Atau pengalaman ibu ? "

" Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu PENSEL ini . "

" Apa yang istimewa tentang pensel ini ? " tanya si anak .

" Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini . Walaupun sebatang pensel , ada LIMA nilai yang boleh kita pelajari daripadanya . Mahu tahu ? "

" Ya, ibu . "

PERTAMA :

Pensel ini mengingatkan kita jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini . Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan ada kuasanya yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya .

KEDUA :

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya . Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya . Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu . Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik .

KETIGA :

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah . Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula . Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini , sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup . Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar .

KEEMPAT :

Tahukah anak ibu yang mana lebih penting ; LUAR atau ISI pensel ini ? Sudah tentu arang atau KARBON di dalamnya . Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah .

KELIMA :

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan . Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain . Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak .

perkongsian buat semua . :)
iqashafiqa .