assalamualaikum,
kawan2 !! hehe. dh bca dh tjuk tu kan ? ha.. msti kalian suda tahu apa itu maksiat kan ? kalau taktau, meh iqa nak gitaw apa diaa :
Maksiat adalah
melakukan perkara-perkara yang dilarang, tercela dalam syariat , dan pelakunya akan mendapat dosa .
Antara maksiat yang
popular ialah:
1. Syirik.
2. Derhaka terhadap ibubapa.
3. Judi.
4. Arak.
5. Mengumpat.
6. Menfitnah.
7. Zina
(benda pertama yang melintas dalam kepala otak kebanyakan orang kita apabila perkataan "maksiat" disebut).
DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:
“Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
“Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
err, boleh ka ?
BOLEHH. tapi, ada
syaratnya. nak tauu ?
baca-lah .Dalam kitab
al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu
Ibrahim Adham .Beliau bertanya, apakah ada ruang untuk beliau melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham ;
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1 - Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah , derhaka kepada Allah.
2 - Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya .
3 - Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu .
4 - Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu , maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat . Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat .
5 - Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. "
Setelah mendengar kata2 itu , lelaki tersebut menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya .
Akhirnya , lelaki itu menemui jalan hidayah . Dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh . Sejak itu , dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh . ALHAMDULILLAH . :)
sumber : SOLUSI edisi 33 .
oleh itu , marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada
maksiat. ingatlah , semua anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan kita di
Padang Mahsyar kelak .
seperti Firman Allah S.W.T :
"Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.
masih belum terlambat lagi, wahai teman . :))
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
perkongsian ,
iqashafiqa