Pages

Friday, September 02, 2011

Air Mataku [part 1]

Hapuskan niatmu, Fira. Tiara tu masih kecil lagi. Cukuplah ayah dia tinggalkan dia. Takkan kau pun nak buang dia juga? Larang Mak Mah.

Mak, Fira dah tak sanggup nak tanggung semua ini. Tambahan pula Abang Hashim tinggalkan Fira macam tu ja. Fira nak ikut kawan Fira pergi ke luar negeri. Dekat sana ada banyak kerja. Fira boleh dapat banyak sikit duit dari kerja kat kilang tu.

Kalau macam tu biarlah mak dengan Fina jagakan Tiara. Kami tak sanggup tengok Puan Hamidah ambil Tiara. Mak dengar dia tu suka menghambakan orang.

Tidak, mak. Fira tak nak orang sini kata Fira sengaja nak menyusahkan mak dengan adik.

Fira terus mengambil beg kecil berisi pakaian Tiara dan mendukung Tiara keluar. Dengan pantas Mak Mah merebut Tiara ke pangkuannya.

Kau nak pergi, pergilah. Tapi aku tak nak cucu aku yang tak berdosa ni jatuh ke tangan orang lain. Jangan kau jejakkan kaki lagi ke rumah ni.

Hati Fira tersentak mendengar kata-kata ibunya. Sejak kecil, itulah pertama kali ibunya berbicara sebegitu. Sambil mengesat air matanya, dia terus berpaling dan pergi.

Mak Mah mendukung Tiara yang masih berusia 14 bulan itu lalu memerhatikan bayangan Fira meninggalkannya. Fina yang sejak tadi hanya membisu sudah mulai berani mengeluarkan suara.

Mak, macam mana kita nak jaga Tiara? Dia masih terlalu kecil dan perlukan ibunya.

Tak mengapa, Fina. Allah sentiasa ada buat hamba-hambanya. Balas Mak Mah tenang.

*************************************************************************************************************

Sudah tiga tahun berlalu. Sejak kecil, Tiara hanya meminum susu yang dibeli neneknya. Dia hanya fikir bahawa neneknya itulah ibunya. Pernah juga dia memanggil neneknya dengan panggilan ‘ibu’, tetapi neneknya menghalang. Setiap hari apa yang Tiara kenal hanya kucing kesayangannya, Lala , nenek dan datuknya, serta ibu saudaranya. Merekalah teman sepermainannya. Anak sekecil itu tidak lagi mengerti apa sebenarnya kehidupan ini.

Suatu hari, Tiara sedang mengusap-usap kucing kesayangannya itu di halaman rumah. Tiba-tiba, dia hairan Lala meluru masuk ke dalam rumah ketakutan. Selalunya Lala akan bertindak sebegitu pabila ada orang tidak dikenali datang.

Assalamualaikum, sayang. Mama pulang, nak. Sudah besar rupanya anak mama.

Tiara mendongak. Seorang wanita tersenyum melihatnya dengan penuh kasih sayang. Wanita yang datang itu tiba-tiba memeluk diri Tiara. Tiara menangis dan terus berlari masuk ke rumah. Dia memberitahu neneknya ada seorang wanita datang dan tiba-tiba memeluknya. Mak Mah dan Fina ketika itu sedang masak terkejut dan meluru keluar. Mereka melihat Fira yang menghilangkan diri selama tiga tahun duduk menangis teresak-esak.

Mak, Fira salah mak. Fira dah kena tipu dengan kawan Fira tu mak. Fira hidup merempat kat sana mak. Fira terpaksa cari makan sendiri dekat sana mak. Setiap hari, nasib baik ada Mak Som yang baik hati mak. Dia bagi Fira kerja kat kedainya. Sekarang Fira dah dapat kumpul duit hendak pulang kampung. Dah banyak benda Fira belajar dari Mak Som, mak. Cerita Fira dengan penuh penyesalan.

Memang, kalau diperhatikan, penampilan Fira agak berlainan. Dia sudah banyak berubah. Baju T-Shirt serta seluar jean yang ketat sudah Fira tinggalkan. Sekarang, Fira hanya berbaju kurung serta bertudung. Jelas kelihatan keayuannya walaupun sudah mempunyai anak berumur tiga tahun.

Fira melutut depan ibunya.

Mak, Fira minta ampun mak. Fira tahu banyak kesalahan yang Fira buat pada mak. Fira menyesal mak. Laju air mata Fira membasahi pipinya.

Fira, mak dah lama maafkan Fira. Mak tahu Allah akan beri petunjuk buat Fira. Alhamdulillah, sekarang Allah dah makbulkan doa mak selama ni. Sejuk mata mak tengok Fira macam ni. Tiara, ni mama Tia sayang. Ungkap Mak Mah.

Tiara hanya memegang kain ibu saudaranya, Fina sambil memerhatikan wanita yang dikatakan mamanya itu. Hairan si anak kecil itu. Seumur hidupnya, orang yang dikenalinya hanyalah ibu saudaranya serta nenek kesayangannya.

Perlahan-lahan Fira menghulurkan tangannya kepada Tiara. Malangnya, Tiara ketakutan dan terus menangis.

Kak, mungkin Tia masih belum biasa. Buat masa ni, akak tinggal la di sini dulu. Bagi Tia kenal akak dulu. Pinta Fina setelah lama membisu.

Fira diam seribu bahasa. Hanya Tia dalam fikirannya.


bersambung.......


p/s : dah lama dah iqa tulis cerita ni . sejak tahun lepas g . malam ni baru nak post. hehe . nanti kalau ada idea , iqa sambung lagi naa .


#kebenaran .

Tuesday, August 30, 2011

merdeka !



assalamualaikum .

esok, genaplah 54 tahun kita merdeka . alhamdulillah . bersyukur kita sebab dilahirkan sebagai warganegara Malaysia yg aman damai ni . [wlaupn kdg2 , rsa tringin gk nk jd wrganegara korea. ]

tema kemerdekaan 2011 :

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera .

Selamat Menyambut Kemerdekaan ! :)

saya anak malaysia ,

iqashafiqa

p/s : best raya harini . heeee .

Monday, August 29, 2011

selamat hari rayaaaa !!



assalamualaikum .

esok dah nak raya laa ! pabila ramadhan pergi, terlepaslah syaitan-syaitan yg t'lah dibelenggu . semoga kita dapat mengawal diri drpd terpedaya dengan godaannya. amin..

best malam ni . boom pomm semua ada keliling rumah . cuma iqa ja yang takpi main . bkn xberani, tapi segan . semuanya boys . huhu . takpa2 , nanti cousin balik, leh main ngan depa. Insya-ALLAH :')

iqa nak ucapkan ,
SeLaMaT HaRi RaYa buat SEMUA ! . MoHon AmpUn ZaHiR seRta BaTin .

Kita sebagai manusia , takkan lepas drpd melakukan kesalahann . kan-3 ??

masa ni la yg sesuai untuk kita bermaafan . tapi, jangan dok tunggu raya ja nak mintak maap . ish3. -.-

haha. okay la. semoga bergembira di samping keluarga dan insan yang disayangi serta menyayangi . gembira2 pun, ingat umat seIslam kita yg sedang kesusahan taww ! :D

ikhlas ,
iqashafiqa

Saturday, August 20, 2011

yeayy ! nak raya dahh .

assalamualaikum ,

readers ! lama dah blog ni terbiar sebegini. hehe . tibalah masanya iqa nak cuci cuci blog ni sebagaimana yg lain cuci cuci rumah sebab nak raya :)

iqa tengok, smua tak sabar2 nak rayaa .

ya, memang best nak raya . lagipun, itu kan hari kemenangan untuk kita semua . tetapi, apalah makna kemenangan jika kita sekadar berjaya memungut sebanyak mungkin ganjaran Ramadhan sedangkan diri yang sejati masih tidak berubah. Apalah ertinya sebuah kemenangan jika kita masih lagi bersikap tamak, bakhil dan banyak yang tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT. Apalah ada dengan sebuah kemenangan fitrah jika kita merayakan kemenangan dengan sekadar kegembiraan namun tidak menyedari sebuah pengertian kemenangan ini. semoga dengan hadirnya ramadhan kali ini, sedikit sebanyak, kita dapat ubah diri kita. Insya-Allah . ^^

ayuh, kita fikirkan.

harini dah 20 ramadhan. bererti 10 malam ramadhan terakhir dah masuk . marilah sama-sama kita hidupkannya dengan beribadat . inilah peluang untuk kita. banyak kelebihan yg dapat kita peroleh .

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dgn penuh rasa keimanan dan pengharapan .

    andaikata, ini ramadhan terakhir untuk kita ?

    wallahu'alam .

    sekadar perkongsian buat semua .

    iqashafiqa