Pages

Saturday, April 30, 2011

Inilah Yang Terbaik.


assalamualaikum, muslimin serta muslimat sekalian.. :)

pd hari yg mulia ni iqa nk share stu kisah yg pnah iqa dgr dr kak usrah dkt asrma. maybe kwn2 dh pnah dgr. walaubagaimanapun, iqa nk cta jgk, sbb, mnusia kan mudah lupa. so, kta sbagai saudara seislam sudah mnjadi tanggungjawab untuk saling memperingati. tp, klau slalu mudah lupa mcm saya nih itu kes lain plak ye. hehe.

kisah raja dan pembantunya.

cerita ini mengisahkan tentang seorang raja dan pembantunya. mereka berdua sangat suka keluar memburu di hutan.

pada suatu hari, seperti biasa, mereka berdua pun keluar memburu. setelah sekian lama mereka menunggu, mereka masih lagi tidak mendapat hasil apa-apa pun. lalu, pembantu raja itupun mengatakan "inilah yang terbaik" kepada rajanya itu. mereka pulang dengan hati yang hampa.

keesokan harinya, mereka pergi sekali lagi untuk meneruskan hobi mereka. apabila raja nampak binatang yang hendak diburunya itu, baginda pun menyuruh pembantunya menembak binatang itu sambil menyerahkan senapangnya. ketika pembantunya menembak binatang itu, tembakannya tidak mengena. tetapi, tembakannya terkena tangan raja sendiri. raja amat murka terhadap pembantunya itu kerana telah menyebabkan tangan baginda menjadi kudung, lalu pembantunya itu dipenjarakan. jauh di sudut hati pembantunya itu, dia mengatakan "inilah yang terbaik".

selepas beberapa hari, berlaku rompakan di negeri itu. sekumpulan perompak itu hanya membunuh manusia yang sempurna fizikal. akhirnya, tinggallah raja itu keseorangan. baginda tidak dibunuh kerana tangannya kudung.

tiba-tiba, baginda teringat akan pembantunya yang dikurung di penjara. lalu baginda pun melepaskan pembantunya itu dan mereka hidup bersama-sama. raja amat bersyukur kerana jikalau tangannya tidak kudung sudah tentu baginda akan dibunuh. "inilah yang terbaik" buat baginda. pembantu itu juga amat bersyukur kerana jikalau dia tidak dipenjara, sudah pasti dia juga akan dibunuh. sudah pasti, "inilah yang terbaik" buat dirinya.

-tamat-

so, kawan2.. bersyukurlah dengan apa yang telah Allah tentukan buat kita. kerana ITULAH YANG TERBAIKK! utk kita smua. bersabarlah dengan semua dugaan serta cubaan dariNya. kerana di sebalik kesedihan serta kepayahan kita menghadapinya, pasti ada hikmahnya pada masa akan datang.

ingatlah firman Allah SWT ;
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya...
[ ayat 286, surah Al-Baqarah]
teacher azliza pn pnah ckp ;
"everything happen for a reason"
Allah sentiasa ada buat hamba-hambanya. Pohonlah pertolongan darinNya.

p/s : klau slah tatabahasa tu, mnta maaf-lah ye! ;) ad stu post lg yg hmpir sma--- > klik sni

sekadar perkongsian,

iqashafiqa

No comments:

Post a Comment