Pages

Saturday, September 03, 2011

Pensel ..


assalamualaikum ,

pensel ka pensil . lupa plak dh ejaan yg betul. hmm. ==
tp xpa laa . nak crita pasal lain . hee ~

taw x apa itu pensel ? alat yg digunakan untuk kita menulis , melukis, and .. and.. er.. lalala~

di sebalik kepanjangan serta kehitamannya yang manis itu .. ada beberapa iktibar yang boleh kita dapat . nak tahu takk ?

baca kisah ini . :)
Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis .

" Apa ibu sedang tulis ? Ibu menulis tentang siapa ? Atau pengalaman ibu ? "

" Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu PENSEL ini . "

" Apa yang istimewa tentang pensel ini ? " tanya si anak .

" Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini . Walaupun sebatang pensel , ada LIMA nilai yang boleh kita pelajari daripadanya . Mahu tahu ? "

" Ya, ibu . "

PERTAMA :

Pensel ini mengingatkan kita jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini . Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan ada kuasanya yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya .

KEDUA :

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya . Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya . Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu . Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik .

KETIGA :

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah . Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula . Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini , sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup . Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar .

KEEMPAT :

Tahukah anak ibu yang mana lebih penting ; LUAR atau ISI pensel ini ? Sudah tentu arang atau KARBON di dalamnya . Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah .

KELIMA :

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan . Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain . Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak .

perkongsian buat semua . :)
iqashafiqa .

2 comments:

  1. Tapi sjak naek skoah mengah nh guna pensel picit so x asah pun :P

    ReplyDelete
  2. err. ambik iktibar .. bkn kna gna pensel :P

    ReplyDelete