DUNIA
umpama
wanita tua yang
bermekap tebal..
cuba kita bayangkan wanita tua yang bermekap tebal ? ya2. mungkin terlihat cantik kan ? dengan cucuk2 ubatnya, blusher2 nya.. and.. macam2 lagi la.. benda-benda yang boleh mengaburi mata kita..
begitu juga dengan dunia sekarang. kita terpedaya dek indahnya buatan manusia.. tingginya bangunan, damainya taman..
tetapi, sedarkah kita.. bahwa.. dunia ini sudah tua.. dah lma dah..
sahabat,
ingatlah, semakin maju dunia, semakin dekat kita dengan akhirat... terfikirkah kita, adakah masih cukup amalan kita untuk bekalan ke sana ? sama2 kita sedar.
sama2 kita imbaskan kembali. apa yang kita lakukan untuk membalas segala nikmat yang Allah limpahkan buat kita ?
kehidupan. itulah yang paling bermakna. itulah nikmat yang tak ternilai. Allah dah beri peluang untuk kita berpijak di atas bumiNya. jadi, BERSYUKURLAH.
Allah berfirman ;
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.ayat 56, surah Az-Zariyat
ayat di atas sudah cukup jelas buat kita. hidup kita ini hanyalah pinjaman semata-mata dari Allah. bersyukurlah wahai teman.
bagaimana bersyukur ?
lakukanlah ibadat kpd Allah. cukupkanlah amalan fardhu kita. terutamanya solat. tidak dinafikan lagi, solat merupakan ibadah yang sering ditinggalkan , padahal itulah tiang agama. itu baru solat. kalau yang lain ?
mari buka minda kita. cuba kita lihat, sana sini bencana alam yang terjadi. satu persatu Allah ingatkan kita..
peringatan itulah yang dapat mencelikkan mata kita tentang janjiNya, Hari Kiamat. Namun, ada juga manusia yang masih berpaling dariNya.
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
ayat 24-25, surah An-Nur
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?ayat 18, surah Muhammad
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta'ati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. QS 17 (Al-Isra) ayat 16
Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh). QS 17 (Al-Isra) ayat 58
Setiap bencana yang menimpa dibumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. (Al Hadid:22-23).sekadar perkongsian ,
dunia hanya sementara. dan, dunia pasti berputar. semua manusia HARUS berubah. berubah macamna tuu ? dari baik, kepada yang LEBIH baik. Insha Allah. sama2 kita doa. ^^
renung2 kan :)
iqashafiqa.
No comments:
Post a Comment