Mereka gembira kerana kasihnya
Seorang ibu
Mereka riang kerana sayangnya
Seorang ayah
Berdirinya aku di sini
Hanya mampu tersenyum
Dek riang gembiranya mereka
Kerana mereka itulah temanku
Di hati ini,
Riangnya sahabatku
Sudah cukup memenuhi
Ruang gembiraku
Senyuman mereka
Hanya kemahuanku
Tetapi mengertikah mereka
Jauh di sanubariku
Dalam di sudut hatiku
Ku juga perlu
Kasih dan sayangnya
Dua insan berharga
Bergelar ibu bapa
Andainya mereka tahu
Di sebalik litupan ceriaku
Tersandarnya sekeping hati yang berat
Dipenuhi dengan air mata pilu.
Wahai temanku
Sesungguhnya
Tidak pernah ku ingin
Engkau tahu
Begitu perit liku-liku hidupku
Kerana ku tidak mahu
Melihat keluhan simpatimu
Atas deritanya aku
Wahai hati
Ku tahu lukamu itu
Tidak akan pernah terubat
Ku tahu pedihmu itu
Tidak akan pernah hilang
Ku juga tahu sakitmu itu
Tidak akan pernah sembuh…
Kerana,
Bahagianya hati
Riangnya rasa
Cerianya senyuman
Hanya terletak pada
Bahagia sebuah keluarga
Seperti temanku itu…
so, wt kgkwn,, syukuri la ap yg kta ad... suma ini adlah anugrah Allah..♥.
Iqa Shafiqa
No comments:
Post a Comment