Alert? Warning? Whatever: Post ni bercampur-aduk bahasa melayu dan inggeris, tinggai tak masuk arab ja. So please bear with me okie.
Holla everyone,
|
Cakk! Hehe |
Assalamua'laikum, hikhik (you should imagine my excited face during writing this post). So I'm back, because I really wanna keep my sweetest life moment here which isssssss convocation! This post is going to be a verrryyy long post (but not as long as my 4-year degree experiencessss lah lolz) because I wanna tell you guys everything starting from the pre-convo, convo day and post-convo stories. Please bear with me okieee guys. (Walaupun takdo sapo nok baco pong blog ni hukaloh ngeh)
Alhamdulillah, on 25 November 2019, finally I got my degree. After a very long journey in IIUM, after 6 years of struggles, tears, and everything, I made it guys, I did it well, Alhamdulillah. Bachelor of Biotechnology with Honours with Rector's List. I am really proud of myself with that 'Rector's List' award because I thought I couldn't make it. Although I didn't get a first class degree, but that award really melts my heart up until now. As I went through a lot of pain during my third and final year, I still can't believe that I got an extra certificate together with my scroll. Alhamdulillah, All Praises to Allah s.w.t.
Sungguh, aku bukan nak bangga diri ka show-off ka, tapi aku tersangatlah bersyukur, happy seronok dan sebagainya dengan anugerah ni. So maafkan aku ya kalau2 ada yang terasa atau cemuih dgn graduation post aku dekat social media okay. Risau juga kalau ada yang terasa kot2 kata aku menunjuk ka apa. Tidak kalian tidak, aku just happy dengan diri aku. Alaa, aku dapat award satu tu ja hukhuk. And congrats to my classmates who got the same award too; Gee, Aina, Kak Bella and Zue!
Btw, untuk pengetahuan semua aku ada terbaca post senior (kalau salah betulkan okay), untuk dapat Rector's List IIUM, CGPA mestilah 3.50 ke atas dan dapat dean's list 3 kali dan ke atas sepanjang degree. So to all my juniors, all the best okay. Kalau student final year pun sempat lagi ni nak kejar. If hampa dah pernah dapat dean's list sekali atau dua kali before this, ada lagi peluang nak dapat tau. Hampa boleh usaha untuk dapatkan deanlist untuk dua2 semester yang berbaki ni dan naikkan pointer kaw2. Untung2 dapat first class ye dok, haaa lagi best tu kannnnnn. Susah sebenarnya, tapi tak mustahil. Untuk junior biotech, buat FYP betul2, sebab kalau FYP boleh skor, pointer hampa boleh naik banyak jugak tau. Dan jangan lupa skor betul2 subjek yang berbaki ni, dapat 4.0 untuk dua sem ni lagi cun. Haa gitu....hihi. Jadi motivation post pulok kat sini kehkeh. Dapat award semua ni sebenarnya lebih kepada kepuasan diri sendiri, untuk membanggakan dan menggembirakan hati parents. Yang tu yang paling penting ya guys.
Story 1: Pre-convo with friends (17 November 2019)
Okay back to my story, kita mulakan dengan pre-convo lah ya. Untuk dapatkan jubah graduasi yang lawa tu, UIA akan buka tarikh robe collection seminggu sebelum tarikh sebenar convo. Selalunya hari first tu tersangatlah ramai guys, beratoq panjang. Semua datang hari pertama robe collection tu sebab nak dapatkan saiz yang sesuai. Jubah tu besar guys, kelebarannya lebih kurang sama ja untuk semua saiz, tapi yang membezakan adalah labuh jubah tersebut. Untuk orang yang ketinggiannya 150 cm macam aku, saiz xs atau s tu dah okay dah walaupun kita ni comel macam pau tau. Muat ja saiz xs or s tu. Time ni la baru nak perasan kurus sebab pakai saiz smolll. Sebab tu lah ramai berebut nak saiz kecik.
|
Kawan-kawan yang collect jubah waktu hari pertama. Depa siap photoshoot lagi guys. Takpa sabaq sat gambaq kami bakal menyusul di bawah |
Disebabkan aku dan beberapa sahabat tak free pada hari pertama, so kami decide nak datang pada hari kedua. Hari pertama dengan hari kedua tersangatlah beza keramaiannya. Keramaian pulak adeh. Kalau hari pertama tu orang beratur sampai luar hall, tapi hari kedua tu lengang ja hall. Masuk-masuk terus boleh pi kaunter untuk register dan sebagainya. Kami punya tahap redha nak dapat jubah labuh time tu memang tahap apa dah, sebab classmates yang datang hari pertama cakap saiz kecik dah habis sejak tengahari hari pertama tu lagi. Apa boleh buat, takkan nak terbang gi UIA Gombak pulak kan.
So, masa yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, seperti yang dijanjikan, aku, gee dan shera naik bas datang dari negeri yang berbeza tapi destinasi dan halatuju yang samaaaaaa ceewah hahhaahaha. Time ni excited gila sebab nak jumpa kawan baik yang dah berapa bulan terpisah (walaupun baru berapa bulan pun rindu tau, sebab lepas ni taktau bila nak hangout sama-sama lagi). Macam biasalah, perjalanan dari negeri kami ke TBS mengambil masa 6-8 jam, so kalau bertolak malam, memang akan sampai awal-awal pagi lah. So aku adalah orang yang paling last sampai di TBS, dalam pukul 5.30 pagi macam tu. Sampai tu mata bengkak gila, sebab nangis semalaman dalam bas. (I'll tell you guys about this later on another post). Macam biasa, lepas solat Subuh, mandi, (yes mestilah mandi. kami mandi kat TBS tau, takkan nak membusuk dekat UIA nanti kan. biasalah, lumrah anak rantau ahahhaha) beli breakfast dekat 7e, kami pun geraklah dari TBS ke Gombak.
|
Kenangan depan 7e lol (mata bengkak lagi time ni) |
|
Kenangan tunggu LRT lol
(baby T cakap muka aku berseri-seri dalam gambar ni, mungkin sebab dah mandi ahahahahhaa) |
Naik LRT, then tukar train dekat masjid jamek untuk ke Gombak. Dari Gombak tu kami naik rapidbus, number t200 ke UIA. Btw time ni shera terpisah naik bas asing dari kami. Hanya disebabkan kad touchngo dia tak cukup duit, so terpaksalah berpatah balik topup dan pakcik bas tu tinggalkan dia. Dahla stesen LRT gombak tu ke UIA agak jauh. Risau jugaklah, sebab first time kami sampai situ kan. So sampai ja UIA, kami turun bas betul2 depan tangga UIA yang lawa tu. Teruja tengok tangga cantik UIA plus roundabout depan tu. Main turun ja padahal taktau lagi ICC (tempat collect jubah) tu kat mana. Then tunggu shera sampai, baru gerak ke ICC. Mula2 sesat jugak lah cari ICC, padahal dekat ja.
|
Time tengah tunggu shera, menyempat lagi selpie. Tapi ni lah satu-satunya gambar aku dekat tangga cantik UIA sobssss |
Then bila sampai ja ICC, jumpa put dekat situ. Dah lama put tunggu kami sebab nak ambik jubah sekali. Put orang selangor, so dekat je lah rumahnya ke UIA berbanding kami. Dekat situ dah ada jubah contoh untuk dicuba, so try punya try, aku beranganlah nak ambik xs, sebab yang tu ja nampak muat elok dengan aku. Walaupun dah tau dah saiz habis. Berangan jelah kan, berangan haha.
Lepas ja daftar apa semua, sampailah giliran kami di kaunter robe collection. Time tu jumpa lab staff UIA Kuantan, dia bertugas di situ. Dia cakap yang paling kecik tinggal saiz M, tu pun tinggal satu ja untuk shera, sebab giliran shera kedua awal. Aku, gee dan put ambik jela saiz yang ada, iaitu saiz L. Labuh betul guys saiz L. Untuk orang yang tinggi macam gee (160+ cm) agak okay. Tapi untuk aku...hahahaha
|
Saiz L yang dipakai oleh aku yang berketinggian 150 cm |
Labuh tak labuh, dah dapat jubah apa lagi guys, marilah kita berphotoshoot. UIA Gombak sangatlah lawa tempatnya, banyak bangunan cantik-cantik, pemandangan yang indah. Seriously, first time aku sampai UIA Gombak, aku jatuh cinta dgn tmpt tu. Kalau aku student UIA Gombak, rasanya setiap petang aku turun jogging tau keliling UIA tangkap gambar
(eleh nanti tangkap gambar ja lebih, joggingnya ke laut). Sesuai untuk photoshoot. Tapi haritu kami tak cukup masa plus letih. So sempat ambil gambar dekat tempat terdekat sahaja. At first, kami ambil gambar guna phone, monopod stick dan shutternya. Happy time tu bukan main, seronok buat pose macam2. Kami berempat memang dari first year suka buat benda-benda aneh, dan ada masa kakya dgn aina join sekaki. Nanti kalau rajin, aku tulis pasal depa pulak okay haha.
|
Rinduuuuu T.T |
|
Somewhere in IIUM Gombak |
|
"Bila bau roommate masak maggi dari compartment sebelah." (Caption dari Faris) |
|
Gambar-gambar guna phone |
Lepas tu ada photographer cakap dia kesian tengok kami struggle guna phone, so dia tolong ambilkan beberapa keping gambar kami guna kamera dslrnya. Lawa gambar dia guys, sapa cari photographer, boleh usha ig @qayyumportraits. Terima kasih brother kerana memotretkan kenangan pre-convo kami berempat, sungguh, jasamu dikenang. Semoga murah rezeki pada masa akan datang.
|
Ya Allah berlakon sangat piqah, berlakon sangat |
|
Dah grad kan kita, cepatnya masa berlalu T.T |
|
Gambar-gambar dari @qayyumportraits. Lawaaa kann, haa lekaih pi usha ig dia hehe |
Itulah gambar-gambar pre-convo kami pada hari tersebut. Ada beberapa lagi posing aneh, terlalu aneh untuk dipost, so untuk simpanan peribadi sahaja ahahaha. Memang tak sempat nak ambil gambar dekat banyak tempat, how I wish we had moreee time together on that day with you girls T.T.
Kami pun penat, lepak dekat kafe kejap, lepas tu cuba nasib minta tukar saiz jubah. Kami pi sekali lagi time lunch hour, minta tukar jubah. Staff tu pikir lama jugaklah nak bagi jubah yang dalam simpanan. Actually rupanya ada ja, cuma maybe depa hadkan untuk setiap sesi robe collection. Staff tu tengok kami lama, baru dia bagi. Alhamdulillah, dapat jugak saiz s. Tak berani minta saiz xs, sebab taktau lah kenapa, maybe takut kena marah kot. Haha.
|
Sempat jumpa baby T time ni. Mata masing-masing dah layu sangat dah sebab letih ahaha |
Settle pre-convo photoshoot, kami pun geraklah ke masjid jamek. Berapa kali jugak sesat salah turun bas lah, salah naik train lah. Berjam juga barulah sampai kat masjid jamek. Singgah situ sebab nak cari tudung untuk convo. Kesian ezzah dengan farah tunggu kami lama dekat situ. Shopping pun tak lama, sebab hari pun dah petang. Sempat beli tudung plus lunch situ.
|
With farah and ezzah |
Lepas tu kami gerak ke KL Sentral, tukar KTM ke TBS. Berpisah dgn farah dkt TBS sebab farah menghala ke Serdang. Sampai ja TBS, kami spend masa lama dekat surau, tunggu waktu solat, then makan dan tunggu bas. Sempat jugak borak-borak, bawang-bawang, yelah, taktau bila lagi ada masa nak hangout sekali macamni kan. Masing-masing dari negeri lain, aku perlis, ezzah kelate, shera ganu dan gee kedah. Sapa yang baca ni, doakan kami dapat jumpa selalu lagi, semua jauh2, sungguh aku rindu nak ada masa lagi dengan depa. :(
|
Bawangmatesssss |
Lastly, bas masing-masing pun sampai, kami pun bertolak balik ke negeri masing-masing. :)
Okay done pre-convo part with friendssssss. Disebabkan post ni pun panjang sangat, aku divide into parts. Nanti aku cerita pulak okayyyyyyy.
Photo credit: IIUM Photographers, @qayyumportrait, mama and my fellow friends
Till next post,
Piqa-chu